Carian
Realme C55 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 28 Mac
March 21, 2023 Amy Maizuraa

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran rasmi Realme C55 untuk pasaran Malaysia akhirnya terjawab, hari ini. Menerusi perkongsian terkini, ia dijadualkan berlangsung pada 28 Mac akan datang yang turut boleh ditonton secara atas talian menerusi Facebook dan YouTube Realme Malaysia bermula jam 5 petang.

Realme C55 merupakan peranti terawal yang menyokong ciri MIni Capsule seakan Dynamic Island pada peranti iPhone. Melaluinya pengguna boleh mengakses pelbagai informasi penting dengan mudah seperti makluman mengenai bateri, status pengecasan, penggunaan data masa nyata dan kiraan langkah harian.

Sekiranya ia adalah model yang sama seperti di Indonesia. Peranti akan dilengkapi skrin 6.7-inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Helio G88, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W. Peranti juga mempunyai dwi-kamera 64MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP.

Komen