Cari @ Amanz

CONNECTme merupakan salah satu penyedia perkhidmatan internet melalui satelit, membolehkan pengguna menikmati akses internet dengan kelajuan sehingga 30Mbps dimana-mana lokasi di Malaysia.

Apa pun, kini, pihak CONNECTme membuat kejutan, dan mengumumkan telah berhenti mengambil pendaftaran baharu untuk perkhidmatan internet melalui satelit untuk pengguna rumah, dinamakan [email protected].

Pihak CONNECTme sekadar mengatakan mereka mengambil langkah ini kerana ingin memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan melibatkan komuniti dikawasan pendalaman dan luar bandar. Semua pakej dilaman CONNECTme juga kini dilihat tidak aktif untuk paparan awam. Dengan perubahan ini, pihak CONNECTme memfokuskan pada penawaran produk [email protected] sahaja yang menyasarkan pengguna dikawasan pedalaman.

Sebelum ini, [email protected] ditawarkan pada harga RM198 sebulan untuk kelajuan 25Mbps dan penggunaan sehingga 60GB, atau RM298 sebulan untuk kelajuan 25Mbps dan penggunaan data sehingga 100GB. Ini tidak termasuk pemasangan yang mencapai RM700 untuk pengguna di Semenanjung Malaysia, selain RM1200 di Sabah dan Sarawak.

Mungkin dengan perubahan ini, pengguna perlu nantikan perkhidmatan seperti Starlink hadir ke Malaysia sebelum dapat melanggan perkhidmatan internet melalui satelit di kawasan bandar.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd