Carian
FreeYond F9 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM499
March 21, 2023 Nazrin

FreeYond, sebuah jenama peranti pintar baru dari China hari ini telah mengumumkan ketibaan mereka di pasaran tempatan dengan penawaran peranti-peranti pintar baru yang tampil dengan spesifikasi menarik dan tanda harga mampu-milik.

Salah satu peranti yang dibawa masuk oleh FreeYond ke pasaran tempatan ialah FreeYond F9, peranti mampu milik mereka. Ia hadir dengan paparan skrin bersaiz 6.52 inci dengan resolusi HD (1600×720).

Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan UNISOC SC9863A1 dengan lapan teras dan kelajuan 1.6GHz dan hadir dengan gabungan storan dan memori 64GB dan 2GB dan 128GB dan 3GB bergantung kepada model yang dipilih. Jika anda memerlukan jumlah storan yang lebih banyak, anda juga boleh menambahkannya melalui kad microSD yang mana ia menyokong jumlah storan sehingga 512GB.

Peranti ini juga digerakkan menggunakan sistem operasi Android 12 edisi Android Go. Setakat ini ia tidak diketahui lagi berapa lamakah peranti ini akan disokong oleh jenama ini di masa hadapan.

Dari segi kamera pula, FreeYond F9 ini tampil dengan sistem dwi-kamera dengan lensa utama 13MP dan kamera sekunder 2MP. Ia juga merumahkan bateri 5000mAH yang menjanjikan jangkahayat peranti yang lama.

Untuk menurunkan kos pembangunan peranti ini, rangka belakang peranti ini diperbuat daripada plastik, dan akan hadir dengan pilihan warna hitam dan juga biru. Bagi anda yang masih menggunakan fon telinga berwayar, peranti ini juga hadir dengan palam audio 3.5mm.

FreeYond Malaysia mengatakan bahawa peranti FreeYond M5 ini sudah memasuki pasaran tempatan dan ditawarkan pada harga mampu milik RM499 di kedai atas talian Shopee mereka.

Komen