Carian
IQOO Z7 Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 782G Dan Pengecasan Pantas 120W
March 21, 2023 Amy Maizuraa

IQOO Z7 telah dilancarkan secara rasmi di China sebagai kesinambungan bagi IQOO Z6 sebelum ini. Ia dijana dengan cip Snapdragon 782G sekaligus meletakkannya sebagai peranti kelas pertengahan. Ini dipadankan pula dengan memori 8/12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 128/256GB UFS2.2 terbina.

Skrin adalah sebesar 6.64-inci LCD FHD+ (2388 × 1080 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz. Sistem dwi-kamera 64MP (OIS) + 2MP (kedalaman) dan kamera swafoto 16MP turut digunakan. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 120W. Peranti juga mempunyai bicu audio 3.5mm, sokongan bluetooth 5.2 dan sistem pembesar suara dengan audio Hi-Res.

Sebuah lagi model turut diumumkan menerusi iQOO Z7x. Ia berkongsi saiz dan jenis skrin yang sama dengan iQOO Z7. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 695 dengan gabungan memori 6/8 LPDDR4X dan storan dalaman 128/256GB UFS 2.2 terbina. Peranti juga mempunyai dwi-kamera 50MP + 2MP, kamera swafoto 8MP dan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 80W.

Di China, iQOO Z7 dijual bermula RMB1,600 (~RM1,041) (8GB/128GB) dan RMB2,000 (~RM1,301) (12GB/256GB). Sementara itu iQOO Z7x pula bermula RMB1300 (~RM846) (6GB/128GB). Kehadiran iQOO Z7 ke pasaran Malaysia juga telah diacah sebelum ini, namun tarikh pelancaran rasminya masih kekal misteri.

Komen