Pelancaran di China hari ini memperlihatkan pengenalan untuk dua peranti mercu baharu Oppo. Ianya terdiri dengan Oppo Find X6 dan Find X6 Pro yang membawakan peningkatakan secara menyeluruh termasuklah sistem kamera yang mengagumkan.

Bermula dengan Oppo Find X6 Pro, ia dilengkapi skrin AMOLED 6.82-inci beresolusi 3168 X 1440 piksel dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak mencapai 2500nits. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 bersama memori 12/16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256/256GB UFS 4.0 terbina. Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 100W SuperVOOC dan 50W AirVOOC untuk nirwayar.

Sistem tri-kamera turut digunakan pada peranti dengan kamera lebar 50MP bersaiz 1-inci daripada Sony IMX989 dengan OIS. Ia kemudiannya digabungkan dengan kamera telefoto 50MP yang juga menyokong OIS dan zum hibrid mencapai 6X. Sensor ketiga pula kamera 50MP untuk ultra lebar/makro dengan kebolehan merakaman imej pada jarak 4cm. Kamera peranti juga menggunakan sistem Hasselblad yang memuatkan pelbagai ciri fotografi menarik seperti Hasselblad Natural Colour Profile, Hasselblad Pro Mode dan mod XPAN.

Selanjutnya terdapat juga ciri Hasselblad Portrait Mode yang memanfaatkan kebolehan kamera lebar dan telefoto sepenuhnya untuk hasil gambah lebih mengagumkan. Pengalaman ini bertambah baik apabila cip MariSilicon X tersesuai turut disertakan pada peranti bagi pengalaman fotografi lebih baik dengan sistem autofokus yang pantas dan julat dinamik seimbang. Selain itu, peranti juga menyokong rakaman format RAW dengan kejelasan imej yang lebih baik. Rakaman video pula boleh mencapai 4K HDR dengan Dolby Vision.

Beralih ke Oppo Find X6 pula, ia merupakan peranti dengan skrin 6.74″ beresolusi 2772 x 1240 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Dimensity 9200, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB terbina. Bateri pula sebesar 4,800mAh yang juga menyokong sistem pengecasan berwayar 80W dan nirwayar.

Selanjutnya peranti juga mempunyai sistem tri-kamera dengan 50MP (Sony IMX890) (OIS) + 50MP telefoto + 50MP ultra-lebar dan kamera swafoto 32MP. Kamera peranti turut menggunakan sistem Hasselblad dan menyokong rakaman video mencapai 4K/60fps. Peranti juga mempunyai pelindungai kalis air IP64 dan menjalankan ColorOS 13.1 berasaskan Android 13.
Harga jualan Oppo Find X6 bermula RMB4499 (~RM2,928) (12/256GB) sementara itu Find X6 Pro pula bermula RMB5999 (~RM3905) (12/256GB). Tiada makluman mengenai ketersediannya di Malaysia yang diketahui setakat ini.