Carian
5 Lebuhraya Akan Menyokong Pembayaran Guna Kad Kredit Dan Debit, Selain TNG Menjelang September 2023
March 21, 2023 Aman

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi kini mengumumkan beberapa lebuhraya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka untuk plaza tol, sekurang-kurangnya pada September 2023.

Antara lebuhraya yang akan terlibat adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.

Dengan langkah ini, pengguna boleh menggunakan kad debit dan juga kad kredit untuk tujuan pembayaran tol, selain daripada penggunaan kad Touch n Go sedia ada.

Komen