Oppo juga hari ini telah memperkenalkan fon telinga nirwayar baharu dinamakan sebagai Enco Free3. Ia dilengkapi gabungan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai bersama pod pengecas diperbuat daripada plastik. Ini dipadankan pula dengan dua pilihan warna berbeza seperti hijau dan putih.

Sepasang pemandu audio 12.4mm digunakan dengan diafragma gentian dan sistem audio yang dibangunkan khas oleh Oppo. Ini dipadankan pula dengan dwi-mikrofon terbina bersama pembatalan hingar aktif berasaskan AI dan juga LDAC terbina. Tambatan pantas boleh dibuat menerusi bluetooth 5.3, di samping turut melepasi penarafan kalis air IP54.

Bateri disertakan pula boleh digunakan sehingga 30 jam dengan bantuan pod pengecas. Seterusnya boleh dicas penuh dalam masa 120minit untuk fon telinga dan pod pengecasan. Ia dijual di China dengan harga RMB499 (~RM325) namun tiada maklumat mengenai ketersediaannya di Malaysia diketahui setakat ini