Cari @ Amanz

Xiaomi kini membawa masuk sejumlah produk dibawah penawaran peranti berhubung, termasuk salah satunya memfokuskan kepada memasak, iaitu Xiaomi Smart Cooking Robot.

Xiaomi Smart Cooking Robot ini dikatakan menawarkan sejumlah ciri memasak yang menarik, termasuk kebolehan menyiapkan sesuatu masalah daripada lebih 200 resipi masakan yang tersedia.

Ia hadir dengan sebuah motor khusus yang memutarkan ia pada kadar sekitar 40rpm ke 12,000 rpm, sekaligus membolehkan ia memasak dalam pelbagai mod berbeza untuk menyiapkan sesuatu masakan.

Ia juga turut hadir dengan integrasi pemanasan induksi.

Xiaomi menawarkan Xiaomi Smart Cooking Robot ini pada harga RM4599 sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd