Terdapat banyak codec audio yang disokong pada peranti pintar Android. Yang paling popular adalah SBC, AAC dan LDAC. Qualcomm sudah lama menawarkan codec aptX dan aptX HD yang dikatakan boleh menawarkan penstriman audio nirwayar yang baik. Tetapi untuk menggunakannya, pengeluar peranti perlu membayar lesen kepada Qualcomm yang menyebabkan sokongan codec ini amat terhad.

Menurut Mishaal Rahman, beliau menemukan kod untuk codec aptX dan aptX HD dalam Android AOSP baru-baru ini. Selepas menghubungi Qualcomm, mereka mengesahkan kedua-dua codec boleh digunakan secara percuma oleh pengeluar peranti Android. Sebelum ini bayaran untuk setiap peranti dikenakan. Langkah yang diambil oleh Qualcomm ini sama dengan Sony yang turut memberikan penggunan LDAC secara percuma menerusi Android AOSP sejak 2017.
Codec sudah boleh digunakan secara percuma tetapi lesen pada aksesori audio untuk menyahkod aptX dan aptX HD masih lagi perlu dibayar kepada Qualcomm. Secara lazimnya hanya TWS dan fon kepala dengan cip Qualcomm menyokong aptX.
- Sumber
- Mishaal Rahman