Cari @ Amanz

Nothing hari ini telah melancarkan Nothing Ear (2) iaitu TWS mercu kedua mereka selepas Ear (1). Kali ini Nothing menyatakan mereka fokus kepada kualiti audio serta kemampuan mencipta profil audio tersendiri untuk pengalaman pendengaran yang lebih menepati citarasa pengguna.

Dengan Ear (1) Nothing telah memperkenalkan ciri Personal Sound Profile yang turut mempunyai sokongan Ear Fit Tip Test untuk memastikan tiada audio terkeluar. Kemudian turut memperkenalkan Clear Voice Technology yang menggunakan 6 mikrofon (tiga di setiap satu) untuk panggilan telefon yang lebih jelas dan pengurangan hingar yang lebih pintar.

Nothing mendakwa dengan pemacu audio 11.6 mm yang masih sama pada Ear (1) tetapi kali ini dengan penalaan sendiri mampu memberikan kualiti audio bertaraf studio. Ear (1) turut menerima pengiktirafan Hi-Res Audio dan menyokong LHDC 5.0 untuk audio 24 bit/192 kHz boleh dimainkan pada kelajuan 1Mbps.

ANC juga adalah lebih baik dengan turut memperkenalkan ciri Personalized ANC seakan TWS Jabra. Dual Connection turut disokong untuk sambungan serentak ke dua peranti. Nothing Ear (2) turut menyokong perlindungan IP55 dengan kerangka pengecas pula adalah IP54.

Bateri kali ini adalah mencapai 36 jam dengan kerangka pengecasan dan menyokong pengecasan pantas 10 minit cas 8 jam penggunaan. Sokongan pengecasan nirwayar turut disertakan agar pengguna boleh mengecas Ear (2) pada belakang Phone (1). Kawalan pada setiap fon telinga adalah memicit dan tetapan lain boleh menggunakan aplikasi Nothing X.

Harga jualan di Malaysia pula adalah RM599. Pra-tempahan akan dibuka pada 23 Mac bermula 12:00AM dan Nothing turut menawarkan pengalaman mencuba Ear (2) sebelum beli di lokasi di bawah;

  • Yes Experience Store Lot 10
  • DirectD Gadget Mega Store Petaling Jaya
  • TMT Mid Valley Megamall
  • Vivid Concepts, Sunway Pyramid Shopping Mall
  • TacMobile, Aeon Mall Bukit Tinggi
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd