Cari @ Amanz

Ekuinas (Ekuiti Nasional Berhad) kini mengumumkan pengenalan dana baharu dinamakan DANA ASAS, yang menawarkan modal sebanyak RM100 juta dalam membantu merangsang pertumbuhan syarikat Bumiputera berskala sederhana dan pada masa yang sama mempunyai potensi untuk pertumbuhan tinggi.

Melalui dana pelaburan ini, Ekuinas akan mengambil pegangan minoriti pada syarikat yang mengambil DANA ASAS ini, dan turut membantu dalam membawa perniagaan mereka ke peringkat seterusnya.

Ekuinas Dana Asas

Jumlah pelaburan DANA ASAS adalah antara RM10 juta hingga RM30 juta bagi setiap pelaburan – sekaligus memperlihatkan Ekuinas akan melabur pada sehingga 10 syarikat melalui DANA ASAS ini.

Ekuinas dijangka memegang setiap pelaburan selama 5 hingga 7 tahun, dan akan memperlihatkan transformasi agresif pada syarikat berkenaan.

Buat masa ini, syarikat pertama yang menerima pelaburan dibawah DANA ASA ini adalah pemilik rangkaian Kaisar Farmasi, yang telah beroperasi sejak 2013 lepas dan emmpunyai 19 buah cawangan dibawah mereka. Dengan pelaburan ini, Ekuinas menyasarkan ia mencapai sehingga 100 cawangan dalam tempoh pelaburan berkenaan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd