Tidak ada benda yang percuma di dunia ini. Oksigen yang dihirup masuk ke dalam alveolus itu sendiri adalah kurniaan tuhan dengan manusia perlu beribadah sebagai bayaran. Yang mula disedari orang ramai ialah selama ini laman media sosial yang digunakan “percuma” sebenarnya menjual data peribadi untuk tujuan pengiklanan. Dengan ia kini dihalang, pengendali perlu mencari cara untuk menjana pendapatan secara lebih agresif.
Instagram kini mula memaparkan iklan pada bahagian carian di dalam fasa ujian. Sebilangan pengguna akan dapat melihat iklan dipaparkan apabila carian dilakukan. Iklan untuk produk dan perniagaan yang selari dengan carian akan diberikan secara global dalam bulan-bulan mendatang. Bagi pemilik perniagaan, ini mungkin cara mudah untuk mengiklankan perniagaan mereka dengan lebih mudah.
Ciri Reminder Ads juga diperkenalkan untuk mempromosikan acara atau siri TV terus kepada pengguna. Iklan mempunyai pilihan untuk mengingatkan pengguna untuk menonton siri TV misalnya dalam tempoh sehari, 15 minit dan ketika ia ditayangkan.