Carian
Apple Mungkin Akan Melancarkan Beats Studio Buds+ Tidak Lama Lagi
March 22, 2023 Fahim Zahar

Beats Studio Buds adalah TWS yang dilancarkan oleh Apple pada dua tahun lalu. Ia adalah TWS alternatif kepada AirPods Pro dengan sokongan pembatalan hingar aktif kerana harga jualan yang lebih murah.

Beats Studio Buds

Kini dengan iOS 16.4 versi Relase Candidate telah diedarkan kepada pembangun, 9to5mac menemui kod yang versi iOS ini sedia menyokong TWS baharu Beats. TWS ini dikatakan adalah Beats Studio Buds+. Studio Buds+ ini akan menyokong pembatalan hingar aktif dan mod tembus bunyi.

Selain itu sokongan Siri turut akan disertakan, ciri sambungan ke dua peranti dan boleh tukar dengan pantas serta kawalan sentuhan. Studio Buds+ turut dikatakan akan menggunakan cip tersendiri Beats dan tidak menggunakan cip siri H Apple.

Buat masa ini spesifikasi lanjut masih tidak diketahui tetapi rekaan dikatakan adalah lebih kurang sama. Memandangkan Apple dijangka akan mengedarkan kemaskini iOS 16.4 yang menyokong TWS dalam masa terdekat, Beats Studio Buds+ mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.

Komen