Cari @ Amanz

Hari ini Google telah membuka pendaftaran minat untuk perkhidmatan kecerdasan buatan seakan ChatGPT mereka iaitu Bard. Google turut memberitahu yang Bard masih lagi sebuah eksperimen dan memerlukan bantuan orang ramai untuk melatihnya.

Oleh yang demikian, maklum balas yang dikeluarkan Bard mungkin tidak tepat. Google turut berkongsi yang mereka menggunakan pasukan pembangun Google Assistant bagi menjayakan Bard. Pasukan Assistant sudah ada pengalaman bertahun dalam fungsi dan ciri perbualan bersama kecerdasan buatan (pembantu digital) baik dengan arahan suara atau teks.

Pasukan Assistant juga dikatakan turut mempunyai pengalaman menjadikan produk dalam kajian dan eksperimen kepada produk untuk penggunaan secara komersial. Bard juga tidak akan menjadi pengganti kepada enjin carian Google dan pembantu digital Google Assistant.

Dengan bantuan pasukan Assistant ini, Bard akan datang boleh menjadi seakan manusia yang menjawab sesuatu seakan Google Assistant yang kini boleh memberi maklum balas dengan cara semula jadi termasuk “berfikir” dan berkata ummm….

Sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd