Cari @ Amanz

Opera sering menjadi antara yang terawal menambah sejumlah ciri-ciri menarik pada pelayar web mereka. Terbaru, hari ini Opera mengumumkan pengenalan integrasi ciri kecerdasan buatan pada pelayar web Opera Browser dan juga Opera GX.

Ciri pertama yang diintegrasikan adalah AI Prompts. Melaluinya, ia membolehkan pengguna meringkaskan sesuatu artikel yang sedang dibaca, atau turut digunakan untuk anda memahami sesuatu bahan bacaan dengan lebih lanjut. Menariknya juga, ciri AI Prompts ini membolehkan anda melakukan perkongsian ke Tweet dan meminta AI tersebut sendiri menulis kapsyen untuknya.

Selain ciri ini, kini pengguna turut boleh mengakses ChatGPT dan juga ChatSonic terus melalui bahagian tepi pelayar web – sekaligus mendapatkan sejumlah jawapan atau melaksanakan tugasan dengan lebih pantas lagi berbanding sebelumnya.

Opera menyatakan ini hanya permulaan sahaja, dan mereka telah pun memulakan pembangunan enjin pelayar web berasaskan GPT untuk Opera, dan akan datang pada masa hadapan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd