Cari @ Amanz

Seperti yang dijanjikan, sebuah peranti baharu di bawah siri Realme 10 telah dilancarkan secara rasmi. Dikenali sebagai Realme 10T, ia menjadi sebuah lagi peranti kelas pertengahan 5G baharu dengan janaan cip cip MediaTek Dimensity 810. Ini dipadankan pula dengan memori sehingga 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman mencapai 256GB UFS 2.2 terbina.

Peranti juga mempunyai skrin sebesar 6.6-inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 50MP (utama) + 2MP (potret) + 2MP (makro), sementara itu kamera swafoto pula sebesar 16MP. Bateri pula sebesar 5000mAh dengan pengecasan 18W yang boleh dicas semula menerusi port USB-C.

Terdapat juga beberapa ciri lain yang turut disertakan pada peranti seperti bluetooh 5.1, bicu audio 3.5mm dan slot kad mikroSD, pengimbas cap jari sisi. Realme 10T disediakan dalam dua pilihan warna seperti Dash Blue dan Electric Black dengan harga bermula TBH8999 (~RM1164) (4GB/128GB).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd