Cari @ Amanz

BYD baru sahaja memasuki pasaran Malaysia dengan ATTO 3 tahun lalu. Ramai mungkin tidak menyedari BYD sebenarnya adalah pengeluar kenderaan elektrik terbesar dunia pada waktu ini. Di GTC 2023, BYD mengesahkan mereka akan menggunakan sistem komputer NVIDIA DRIVE Orin pad kenderaan elektrik pintar generasi terkini mereka.

Kenderaan BYD dari keluarga Dynasty dan Ocean mereka kelak. Sistem komputer DRIVE Orin diumumkan pada tahun 2019 tetapi hanya kini mula digunakan pada kenderaan elektrik pintar moden. Ia mempunyai kemampuan swapandu sehingga Tahap 3 dengan kemampuan memproses mencecah 254 TFLOPS.

Selain BYD, DRIVE ORIN juga digunakan pada Volvo XC90. Dengan kemampuan memproses yang tinggi, komputer swapandu ini mampu mengumpul pelbagai maklumat daripada sensor dan kamera pada kenderaan. Sebelum ini BYD mengumumkan kenderaan elektrik mereka turut akan menyokong penstriman GeForce NOW secara terbina pada sistem info hibur.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd