Cari @ Amanz

Proses pemindahan data dari peranti lama Android ke peranti baharu adalah sedikit sukar jika peranti baharu adalah daripada jenama lain. Menggunakan sandaran awanan Google wujud tetapi ia tidak memindahkan gambar yang disimpan pada peranti lama. Bagi pengguna peranti Xiaomi, Oppo dan Vivo, proses pemindahan data lama ke peranti baharu menjadi mudah selepas ketiga-tiga syarikat bersetuju menyokong pemindahan rentas jenama.

Oppo sebelum ini menggunakan Clone Phone, Xiaomi dengan Mi Mover dan Vivo pula EasyShare. Bermula ketiga-tiga aplikasi boleh digunakan untuk pemindahan data antara peranti berlainan jenama. Pada waktu ini sokongan hanya diberikan pada Mi Mover 4.0, Clone Phone 13.3.7 dan EasyShare 6.2.5.1

Pada waktu ini ciri sokongan pemindahan data rentas jenama ini hanya disokong di China sahaja terlebih dahulu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd