Cari @ Amanz

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini menyatakan akan menyediakan peruntukkan berjumlah RM2.3 juta kepada kira-kira 96,000 pengunjung Bazar Ramadan Rahmah di seluruh negara.

Dana berkenaan akan dibahagikan kepada pengunjung Bazar Ramadan Rahmah, sebanyak RM20 seorang. Insentif ini akan dibahagikan menggunakan dompet digital, melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Dengan langkah ini, seramai 6000 pengunjung Bazar Ramadan Rahmah di setiap negeri akan menikmati insentif RM20 berkenaan.

Secara kasarnya, insentif akan diberikan kepada 1000 pengunjung terawal di Bazar Ramadan Rahmah terpilih melalui penyedia platform edompet yang bekerjasama dengan pihak KPDN. Ini bermakna, ia akan dilaksanakan sebanyak 6 kali di setiap negeri.

Mungkin kita akan mendengar lanjut kaedah penebusan dan sebagainya esok melalui Bazar Ramadan Rahmah terpilih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd