Cari @ Amanz

Microsoft kini membolehkan orang ramai untuk mencuba produk terbaru mereka, dinamakan Microsoft Loop.

Melalui Microsoft Loop, ia memudahkan untuk para pengguna berkolaborasi dan bekerjasama bersama rakan-rakan lain dalam membangunkan sesuatu projek atau dokumen. Ini termasuk melalui penggunaan bersama sejumlah aplikasi Office lain yang popular. Pengguna juga turut boleh mengintegrasikan dan menggunakan ia bersama Teams dan Outlook.

Antaramuka asas Microsoft Loop membawa sebuah paparan ringkas, membolehkan anda menambah sejumlah komponen untuk projek anda. Menariknya juga, anda turut boleh menyertakan arahan khusus termasuk mengintegrasikan dan bekerja dengan kecerdasan buatan dalam menyelesaikan sesuatu projek.

Bagi anda yang sering menggunakan Notion untuk pelbagai projek anda, mungkin turut boleh menyemak penawaran Microsoft Loop ini hari ini. Aplikasi mudah-alih untuk Microsoft Loop dijangka hadir tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd