Carian
GNOME 44 Diperkenalkan – Menggunakan Nama Kod “Kuala Lumpur”
March 23, 2023 Aman

GNOME merupakan persekitaran desktop yang ditawarkan pada sejumlah sistem operasi berasaskan Linux. Telah ditawarkan sejak 1999 yang lepas, kini pembangun GNOME telah pun memperkenalkan versi terbaru mereka, iaitu GNOME 44.

Menariknya kali ini adalah GNOME menggunakan nama kod “Kuala Lumpur” bagi versi GNOME 44, selari dengan sumbangan sejumlah kerja yang dilaksanakan penganjur GNOME.Asia 2022 lepas.

GNOME menyertakan paparan “Grid View” pada File Chooser untuk memudahkan pemilihan fail atau gambar, kemaskini pada panel tetapan, pengenalan ciri “Device Security, kawalan tetapan bunyi yang ditambah-baik, kemaskini pada halaman tetapan “Mouse & Touchpad”, serta sejumlah pembaharuan yang lain bersama dengannya.

Kelak, persekitaran desktop GNOME 44 ini akan hadir bersama sejumlah sistem operasi berasaskan Linux, termasuk pada Fedora Linux 38 dan juga Ubuntu 23.04 yang disasarkan pelancaran pada April 2023 kelak.

Komen