Ramadan bertamu sekali dalam setahun dan kini ianya telah tiba. Bulan yang sering ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana dipenuhi pelbagai nikmat dan keberkatan. Dalam masa sama turut membuka peluang menggandakan pahala dengan menunaikan kewajipan misalnya seperti berzakat. Secara umumnya terdapat dua kategori zakat utama dan salah satunya adalah Zakat Fitrah. Ia wajib ditunaikan oleh setiap orang yang bergelar Muslim, tidak kira sama ada kanak-kanak, dewasa mahupun orang tua.

Seiring dengan peredaran zaman, proses dan cara untuk kita melaksanakannya juga menjadi lebih mudah. Kalau dulu mungkin memerlukan kita membuat bayaran kepada wakil yang dilantik dengan mengunjungi masjid, surau atau pusat pungutan zakat terdekat. Kini ia boleh sahaja dilakukan secara dalam talian menerusi saluran-saluran terpilih yang lebih memudahkan pengguna dan menjimatkan masa.

Berikut kami senaraikan saluran dan platform yang boleh digunakan untuk proses pembayaran Zakat untuk tahun ini. Terdapat juga tambahan beberapa platform seperti TheNoor dan MAE menerusi artikel kali ini. Namun seandainya masih terdapat platform atau saluran yang tidak disenaraikan di dalam artikel ini, tetapi anda mungkin sudah biasa menggunakannya. Jangan segan untuk berkongsi juga di ruangan komen. Kadar zakat mengikut negeri di Malaysia untuk tahun 2023 boleh disemak di bawah :
- Selangor – RM7.00| RM14.00 | RM21.00
- Johor – RM7.00 | RM13.00
- Kedah – RM6.50 | RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
- Kelantan – RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
- Terengganu – RM8.00 | RM10.00 | RM24.00
- Melaka – RM7.00 | RM14.00
- Negeri Sembilan – RM7.00 | RM10.00 | RM21.00
- Pahang – RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
- Perak – RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
- Perlis – RM7.00
- Pulau Pinang – RM7.00 | RM13.00 | RM20.00
- Sabah – RM7.00
- Sarawak – RM7.00
- Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan – RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
Aplikasi Boost
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, Boost memberi pilihan kepada pengguna untuk membayar zakat melalui aplikasinya. Tidak kira sama ada pengguna Basic atau Premium, anda boleh sahaja membuat pembayaran dengan mudah tanpa perlu ke pusat pungutan zakat fizikal. Ini termasuklah Zakat Fitrah dengan proses pembayaran yang dapat dilakukan dengan efisien menerusi beberapa langkah mudah.


Tetapi sila pastikan akaun mempunyai baki yang mencukupi bagi membolehkan proses pembayaran berjalan dengan lancar. Bagaimanapun anda dinasihatkan agar terlebih dahulu meneliti setiap jenis zakat bagi mengelakkan kekeliruan yang mungkin berlaku kerana aplikasi turut menyediakan pembayaran untuk Zakat Harta. Berikut adalah cara pembayaran :
- Langkah 1 – Buka aplikasi Boost & klik pada ikon “More”.
- Langkah 2 – Cari “Zakat Collection” di bahagian Community Services.
- Langkah 3 – Pilih organisasi & masukkan butiran peribadi.
- Langkah 4 – Pilih harga beras & masukkan bilangan kapasiti untuk pembayaran.
- Langkah 6 – Klik “Pay Zakat” dan masukkan nombor PIN bagi meneruskan transaksi.
Senarai Negeri Disokong – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, Selangor, Kedah & Negeri Sembilan.
- Info
- Muat-turun : Aplikasi Boost Di PlayStore
- Info
- Muat-turun : Aplikasi Boost Di AppStore
Aplikasi GoPayz
Seterusnya anda juga boleh membayar Zakat menerusi perkhidmatan e-dompet universal GoPayz. Ia menyediakan akses mudah dan pastas menerusi satu aplikasi. Pembayaran juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa mengira masa, di samping terdapat beberapa kaedah pembayaran yang disediakan termasuklah dompet GoPayz, transaksi FPX dan kad debit. Status transaksi boleh disemak di bahagian ‘Recent Transaction’ dan boleh dimuat turun untuk simpanan sendiri.


Seperkara yang menarik perhatian apabila aplikasi turut menyediakan proses pembayaran zakat berulang yang dianggap lebih memudahkan pembayaran di masa akan datang. Pada masa sama, anda juga perlu meneliti dan menyemak terlebih dahulu setiap jenis zakat yang disediakan kerana aplikasi turut menyediakan pembayaran untuk Zakat Harta. Tahun ini, GoPayz turut menawarkan pulangan tunai sehingga RM25 untuk transaksi minima RM30 untuk Zakat, Wakaf atau derma. Berikut adalah cara pembayaran :
- Langkah 1 – Buka aplikasi GoPayz.
- Langkah 2 – Cari ikon “Zakat” di bahagian Islamic Services.
- Langkah 3 – Pilih organisasi dan jenis zakat, diikuti tahun, kadar bayaran dan kapasiti tanggungan.
- Langkah 4 – Sahkan pembayaran dengan melengkapkan butiran diminta.
- Langkah 6 – Lafaz niat bayar zakat tertera bagi melengkapkan rukun Zakat Fitrah & transaksi.
Senarai Negeri Disokong – Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Johor, Perlis, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak.
- Info
- Muat-turun : Aplikasi GoPayz Di PlayStore
- Info
- Muat-turun : Aplikasi GoPayz Di AppStore
Aplikasi/Portal MYEG
Selain daripada semak saman polis atau sewaktu dengannya, laman MyEG turut menawarkan fungsi pembayaran Zakat secara atas talian. Bagaimanapun, ia memerlukan anda untuk mempunyai akaun berdaftar untuk proses pembayaran. Untuk makluman juga, pembayaran turut boleh dibuat menerusi aplikasi tersendiri tetapi ia terhad untuk pengguna Android sahaja setakat ini. Berikut adalah cara pembayaran:
Pembayaran melalui portal rasmi
- Langkah 1- Bukan laman sesawang rasmi MyEG & log masuk.
- Langkah 2 – Klik ‘Zakat’, diikuti dengan pemilihan organisasi.
- Langkah 3 – Klik ‘Zakat Payment’ & lengkapkan maklumat penting diminta.
- Langkah 4 – Teruskan & ikuti langkah yang selanjutnya sehingga selesai.
Pembayaran melalui aplikasi
- Langkah 1- Buka aplikasi MyEG
- Langkah 2 – Klik Zakat Fitrah, diikuti dengan pemilihan organisasi
- Langkah 3 – Lengkapkan butiran yang diperlukan.
- Langkah 4 – Teruskan pembayaran sehingga selesai.
Senarai Negeri Disokong : Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah, Sarawak & Pulau Pinang.
- Info
- Muat-turun : Aplikasi MyEG Di PlayStore
Aplikasi Tulus
Pilihan lain yang turut sediakan adalah menerusi Tulus yang membenarkan proses pembayaran dan menerima status secara masa nyata. Ia menyediakan dua proses pembayaran sama ada menerusi aplikasi atau laman web rasmi. Kaedah transaksi pula secara FPX yang menyokong sebilangan besar perbankan utama di Malaysia.


Mana-mana pembayaran yang dibuat untuk pihak ketiga pula perlu disertakan dengan maklumat individu berkaitan. Anda juga perlu meneliti jenis zakat yang disediakan bagi memastikan proses pembayaran boleh dibuat dengan lancar. Berikut adalah cara pembayaran :
- Langkah 1 – Buka aplikasi/laman web rasmi Tulus.
- Langkah 2 – Pilih institusi & lengkapkan butiran penting diminta.
- Langkah 3 – Lafaz niat bayar zakat bagi meneruskan transaksi.
Senarai Negeri Disokong – Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Terengganu, Perak, Pulau Pinang & Perlis.
- Info
- Muat-turun : Aplikasi Tulus Di PlayStore
- Info
- Muat-turun : Aplikasi Tulus Di AppStore
Aplikasi MAE
MAE secara umumnya berfungsi sebagai dompet digital yang menjadikan urusan perbankan lebih mudah dan cepat. Selain daripada itu, ia juga boleh dijadikan solusi bermanfaat buat mereka yang mahu membayar zakat fitrah ketika bulan Ramadan.


Melaluinya pengguna hanya perlu memilih jenis zakat dan beras, seterusnya memasukkan butiran peribadi dan sistem akan mengira secara automatik jumlah bayaran keseluruhan. Penggunaannya juga adalah mudah dengan beberapa langkah ringkas. Berikut adalah cara pembayaran :
Langkah 1 – Tekan ‘Pay Bills’ di halaman utama aplikasi MAE.
Langkah 2 – Cari ikon ‘Zakat’ & pilih organisasi serta jenis zakat.
Langkah 3 – Pilih jenis beras dan jumlah tanggungan.
Langkah 4 – Masukkan nombor telefon & semak butiran penting sebelum meneruskan transasksi.
Senarai Negeri Disokong : Perlis, Kedah, Selangor, Terengganu, Perak, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka, Sabah, Sarawak & Pulau Pinang.
- Info
- Muat-turun : Aplikasi MAE Di PlayStore
- Info
- Muat-turun : Aplikasi MAE Di AppStore
Aplikasi TheNoor
Tidak perlu kami sebutkan dengan lebih, pasti ramai antara kita yang sering menggunakan aplikasi TheNoor ini. Ia merupakan projek di bawah kelolaan selebriti terkenal Neelofa Mohd Noor yang mana turut membenarkan transaksi zakat dibuat melaluinya. Melaluinya TheNoor bekerjasama dengan beberapa institusi zakat tempatan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan untuk pembayaran Zakat Fitrah.


Sementara itu pusat zakat Kelantan pula membenarkan transaksi untuk Zakat Harta. Kaedah pembayaran pula boleh dibuat menerusi kaedah FPX yang menyokong sejumlah besar perbankan utama di Malaysia. Ia juga membenarkan pengguna menetapkan mod debit dan menjejak pembayaran yang dibuat secara automatik. Berikut adalah cara pembayaran :
- Langkah 1 – Buka aplikasi TheNoor
- Langkah 2 – Cari ikon ‘Zakat’, diikuti dengan pilih organisasi & jenis zakat.
- Langkah 3 – Lengkapkan maklumat penting diminta.
- Langkah 4 – Semak butiran & lafaz bayar zakat tertera.
- Langkah 5 – Pilih jenis pembayaran bagi meneruskan transaksi.
Senarai Negeri Disokong – Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan & Kelantan.
- Info
- Muat-turun : Aplikasi TheNoor Di PlayStore
- Info
- Muat-turun : Aplikasi TheNoor Di AppStore
Portal PayHalal
PayHalal pula menawarkan sistem pembayaran menerusi laman sesawang. Ia amat mudah digunakan tanpa sebarang pendaftaran diperlukan. Proses pembayaran pula boleh diteruskan seperti biasa selepas beberapa butiran penting dilengkapkan dengan tepat. Ia bagi memudahkan proses transaksi lantas mengelakkan isu yang berlaku di lain hari. Tahun ini turut memperlihatkan tambahan satu lagi negeri disokong iaitu Kedah yang menjadikan sebanyak tiga negeri secara keseluruhannya termasuk Kuala Lumpur dan Kelantan. Berikut adalah cara pembayaran:
Langkah 1 – Buka laman web rasmi PayHalal.
Langkah 2 – Pilih jenis organisasi di bahagian “Buy & Pay Online Here”.
Langkah 3 – Pilih jenis zakat dan lengkapkan butiran diminta.
Senarai Negeri Disokong – Kuala Lumpur, Kelantan & Kedah.
- Info
- Layari – Portal Rasmi PayHalal
Perbankan Atas Talian
Anda juga membuat pembayaran zakat secara atas talian melalui sejumlah bank terpilih yang berdaftar. Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pengguna yang mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan agen kutipan yang berdaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan Internet. Antara senarai bank yang mengambil bahagian merangkumi Bank Islam, Maybank2u, Cimb Islamic Bank Berhad, Bank Muamalat, Agro Bank, RHB Bank, BSN, HSBC, Affin Bank, Bank Rakyat, OCBC Bank, Public Bank, Hong Leong Islamic Bank dan Standard Chartered. Namun begitu, semakan dengan institusi zakat negeri masing-masing adalah diperlukan bagi ketahui senarai bank yang disokong.
Portal Rasmi Pungutan Zakat Negeri
Sebagai rujukan bersama, berikut adalah senarai portal rasmi pusat pungutan Zakat negeri di Malaysia. Mungkin terdapat juga di antara pembaca yang lebih selesa untuk membuat pembayaran secara terus menerusi portal rasmi institusi Zakat negeri masing-masing. Senarai penuh adalah seperti di bawah dan anda hanya perlu klik pada negeri yang disenaraikan :
- Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Johor
- Portal Rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
- Portal Rasmi Zakat Melaka
- Portal Rasmi Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
- Portal Rasmi Zakat Pahang
- Portal Rasmi Pembayaran Zakat MAINS
- Portal Rasmi Zakat Pulau Pinang
- Portal Rasmi Zakat Perak-MAIPk
- Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
- Portal Rasmi Majlis Ugama Islam Sabah – MUIS
- Portal Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak
- Portal Rasmi Lembaga Zakat Selangor
- Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
- Portal Rasmi Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur