Samsung melancarkan sebuah lagi peranti baharu secara senyap-senyap malam tadi dengan kali ini tiba pula giliran Samsung Galaxy M54. Ia bolehlah dikatakan sebagai A54 yang lebih dipertingkatkan dengan spesifikasi skrin, kamera utama serta bateri yang lebih baik.

Samsung Galaxy M54 dilengkapi skrin 6.7″ FHD+ 120Hz SAMOLED, dijana Exynos 1380, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 6000 mAh yang menyokong pengecasan 25W.

Kamera utama sudut lebar 108MP (OIS) dipadankan dengan lensa ultra sudut lebar 8MP dan makro 2MP. Sementara itu di hadapan pula sensor 32MP digunakan untuk swafoto. Peranti menjalankan sistem operasi One UI 5.1 berasaskan Android 13. Satu kekurangan yang ada pada M54 ialah ia tidak melepasi sebarang piawaian kalis air serta debu tidak seperti A54 yang melepasi IP67.
Masih tiada maklumat mengenai harga dan peranti hanya disenaraikan di laman Samsung Timur Tengah pada waktu ini.
- Sumber
- Samsung