WhatsApp hari ini mengumumkan pengenalan aplikasi Windows yang serba baharu, dimana ia kini lebih dioptimasikan kelajuannya, serta membolehkan para pengguna membuat panggilan suara kepada lebih 32 orang serentak.

Versi baharu aplikasi Windows ini juga turut menyertakan kebolehan membuat panggilan video kepada 8 orang serentak tanpa masalah.
Disamping itu, WhatsApp turut menyatakan aplikasi Windows ini membawakan sokongan sync multi-peranti yang lebih baik berbanding versi sebelum ini.
Versi sama untuk Mac kini dalam fasa ujian beta. Bagi anda yang menggunakan Windows, boleh memuat-turun aplikasi WhatsApp untuk Windows baharu ini, dan menikmati sejumlah ciri yang disertakan bersama dengannya.
- Sumber
- Meta