Cari @ Amanz

Storan data USB mungkin tidak begitu popular kebelakangan ini kerana orang ramai secara lazimnya sudah berpindah kepada menggunakan storan awanan. Tetapi bagi mereka yang masih mahukan sebuah storan fizikal yang boleh menyimpan sejumlah data mereka, Kingston ada dua solusi yang mungkin berguna untuk anda.

Kingston baru-baru ini telah memperkenalkan storan Kingston DataTraveler 80M dan DataTraveler Exodia Onyx yang hadir dengan saiz kecil, tetapi mempunyai storan yang cukup besar untuk fail-fail seperti gambar, audio, video, dokumen dan sebagainya yang perlu diakses dengan cepat dan mudah.

Bermula dengan DataTraveler 80M, storan ini hadir dengan saiz padat dan menggunakan palam USB 3.2 Type-C dan mempunyai kelajuan penghantaran data 200MB/s. Ia juga menyokong semua peranti yang mempunyai palam USB-C seperti komputer riba Windows dan Mac dan juga peranti-peranti pintar yang menggunakan palam USB-C tanpa masalah.

DataTraveler Exodia Onyx pula ialah sebuah peranti storan USB yang menggunakan palam USB 3.2 Type-A dengan kelajuan penghantaran data yang sama untuk mereka yang mahukan sebuah storan luaran untuk komputer yang kecil dan mudah dibawa walaupun didalam poket.

Storan-storan ini juga hadir dengan waranti terhad selama lima tahun.

Kedua-dua storan ini hadir dengan penawaran storan 64GB, 128GB dan juga 256GB dan sudah tiba di pasaran Malaysia pada harga-harga berikut:

Kingston DataTraveler 80M

  • 64GB – RM37.00
  • 128GB – RM56.00

Kingston DataTraveler Exodia Onyx

  • 64GB – RM18.00
  • 128GB – RM36.00
  • 256GB – RM83.00
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd