Cari @ Amanz

Semalam Google telah mula membuka pendaftaran minat untuk menggunakan perkhidmatan kecerdasan buatan Bard mereka. Bard akan menjadi pesaing kepada ChatGPT dan telah dibangunkan bersama dengan pasukan pembangun yang menjayakan Google Assistant.

Terkini, 9to5Google menemui ciri baharu pada Google Messages berkaitan dengan kecerdasan buatan Google.

Ciri ini adalah kemampuan membalas mesej dengan penjanaan teks oleh kecerdasan buatan. Di dalam aplikasi Google Messages versi beta terdapat butang baharu yang telah mereka temui di sebelah butang emoji. Butang ini menggunakan rekaan sama dengan ciri kecerdasan buatan Google seperti Bard.

Menurut sumber mereka percaya yang ciri ini mungkin akan menjadi pengganti kepada Smart Reply yang boleh membalas mesej pendek dengan pantas secara pintar. Ciri ini turut dikatakan mungkin boleh membalas mesej yang lebih panjang dengan ayat yang sesuai dan bukannya sepatah demi sepatah.

Butang khas ini turut tidak akan terus menghantar mesej selepas ditekan dan memberi pengguna peluang untuk baca terlebih dahulu. Buat masa ini, ciri ini masih tidak berfungsi sepenuhnya. Tetapi agak menarik untuk melihat ciri seakan ChatGPT diintegrasikan dalam aplikasi pemesejan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd