Blueshark kini memasuki pasaran Malaysia secara rasminya, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan mendapatkan skuter elektrik pintar mereka. Dua skuter yang ditawarkan di Malaysia setakat ini adalah skuter siri R – iaitu Blueshark R1 dan juga Blueshark R1 Lite.

Skuter elektrik ini hadir dengan kelajuan 80km/j, dan seberat 92kg. Blueshark menyatakan ia mampu bergerak pada jarak 110km dengan pengecasan penuh. Berbeza dengan keperluan menunggu untuk ia dicas penuh, Blueshark menggunakan konsep swap, dimana sebuah stesen bateri disediakan membolehkan anda mengambil dan gantikan bateri pada skuter elektrik anda dengan bateri pada stesen pengecas.

Skuter elektrik ini menyertakan sebuah skrin 10-inci pada bahagian hadapan yang menyokong sambungan Bluetooth, naviasi GPS, pemain media, rakaman pemanduan, dan beberapa ciri tambahan lain.

Sebuah aplikasi khusus turut disediakan dalam memudahkan pengguna untuk menguruskan sebarang langganan, melihat statistik pemanduan, melihat lokasi skuter elektrik, dan sebagainya.
Di Malaysia, Blueshark R1 ditawarkan pada harga RM9390, sementara R1 Lite pula ditawarkan pada harga RM7190. Harga adalah untuk kenderaan sahaja tanpa insurans dan dengan pengecualian SST.
Ia turut hadir dengan 1 pengecas, 2 sangga pengecas, dan 1 kunci Bluetooth. Pengguna boleh tambah RM79 sebulan untuk sewaan dua pek bateri.

Untuk langganan Bateri BlueSwap pula, ia hadir pada harga RM59 sebulan untuk 36 kali pertukaran bateri, atau RM99 sebulan untuk 70 kali pertukaran bateri, atau RM139 sebulan untuk 120 kali pertukaran bateri. Pengguna juga boleh memilih untuk membayar mengikut pertukaran pada harga RM1.95 setiap kali pertukaran.