Salam Ramadan mubarak dan kita sekali lagi bernasib baik dapat menjalankan ibadah berpuasa tahun ini. Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, Adidas Terrex telah melancarkan sejadah yang direka khusus untuk penganut agama Islam yang ingin mengerjakan ibadah solat dengan selesa ketika sedang beriadah.

Sejadah ini diperbuat daripada bahan poliester ringan yang tidak membebankan untuk dibawa ketika mendaki misalnya. Ia juga kalis air supaya boleh menjadi pelapik ketika bersolat di kawasan lapang. Idea menghasilkan sejadah aktif ini adalah hasil kerjasama Adidas Terrex dengan persatuan Muslim Hikers dan rangkaian kedai Wiggle. Insiden seorang peserta acara mendaki di UK yang tidak disediakan tempat solat yang selesa memberikan idea sejadah yang mudah dibawa, tahan lasak serta kalis air.

Di UK sejadah Adidas Terrex ini dijual pada harga £20 (RM109) dengan 100 sejadah pertama disedekahkan kepada Muslim Hikers untuk digunakan oleh ahli ketika melakukan aktiviti pendakian mereka.
- Sumber
- Muslim Hikers