Cari @ Amanz

Amazfit hadir dengan seutas lagi jam tangan baharu menerusi T-Rex Ultra. Daripada nama rasanya kita semua sudah boleh menjangkakan ia merupakan seutas jam tangan tahan lasak tahan lasak sesuai aktiviti luar. Ia bukan sahaja menggunakan kerangka keluli tahan karat 316L, malahan juga menggunakan bahan gred-tentera 810G untuk haba, ketahanan serta kalis air sehingga 100meter. Sebagai tambahan, ia juga dikatakan boleh dibawa menyelam dengan kedalaman 30 meter.

Ini dipadankan pula dengan skrin bulat sejenis AMOLED 1.39-inci (454 x 454 piksel) dengan kecerahan puncak sehingga 1000nits yang menjadikannya boleh digunakan tanpa masalah dalam apa jua keadaan. Di samping itu, ia juga dinaiktaraf dengan perkakasan dalaman lebih baik seperti sokongan dual-band GPS yang membolehkan lokasi dikunci dengan lebih pantas, tepat dan konsisten berbanding biasa. Pada masa sama, sistem peta juga diberi peningkatakan dengan kebolehan memuat turun peta secara luar talian.

Kemudian ia juga memuatkan sejumlah ciri penjejakan kesihatan terbina seperti pemantauan degupan jantung, pemantauan pola tidur serta tekanan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, terdapat juga sehingga 162 mod sukan terbina dengan 25 jenis latihan berasaskan kekuatan disediakan. Sambungan dengan aplikasi Zeep pada aplikasi diperlukan untuk kegunaan lebih baik, di samping turut serasi digunakan dengan aplikasi pihak ketiga seperti Strava, Adidas Running, Relive, Google Fit dan Apple Health.

Bateri 500mAh disertakan dengan ketahanan sehingga 20 hari dengan kegunaan biasa. Seterusnya meningkat kepada 50 hari dengan mod penjimatan bateri. Harga jualan Amazfit T-Rex Ultra ialah $400 (~RM1,770) dengan pilihan warna Abyss Black dan Sahara.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd