Pada tahun lepas, GitHub, laman web kod sumber yang diambil-alih oleh Microsoft telah memperkenalkan Copilot, iaitu sebuah pembantu digital yang membantu pengguna mempercepatkan proses pengaturcaraan dengan mudah.

Baru-baru ini, GitHub dilihat telah menaiktarafkan Copilot dengan memperkenalkan versi baru yang dinamakan Copilot X, menggunakan enjin AI GPT-4 yang diperkenalkan oleh OpenAI baru-baru ini dan memperlihatkan kemampuan dan juga ciri-ciri baru.

Salah satu kemampuan pembantu baru ini ialah untuk memberi pengaturcara konteks kepada kod yang sedang dibangunkan. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang pengatucara baru yang tidak mempunyai pengetahuan tentang bagaimana sesebuah kod berfungsi, Copilot X boleh menerangkan fungsi-fungsi kod tersebut kepada anda, dan juga memberi cadangan tentang bahagian-bahagian yang boleh diperbaiki.
Apabila anda membangunkan kod menggunakan perisian IDE dalam pelayar GitHub, Copilot X juga boleh memberikan cadangan tentang bagaimana anda boleh mengaturcara fungsi-fungsi tertentu supaya ia lebih cekap dan teratur.

Buat masa ini Copilot X nampaknya hanya boleh digunakan didalam pelayar web Microsoft Edge, tetapi GitHub mungkin akan memperkenalkannya pada perisian pembangunan kod lain di masa akan datang, malah pada fungsi Command Line Interface di Windows.
- Sumber
- GitHub