Qalbox merupakan perkhidmatan penstriman kandungan muslim yang disediakan oleh MuslimPro. Melaluinya, ia menawarkan sejumlah kandungan dengan memfokuskan kepada pengguna beragama Islam.
Kandungan yang ditawarkan meliputi filem, animasi, dokumentari dan sebagainya. Ia telah diperkenalkan pada Disember 2022 lepas secara rasminya untuk pasaran Malaysia.

Ketika dilancarkan, pihak Qalbox menawarkan ia pada harga promosi RM4.90 sebulan, dan kini bersempena bulan Ramadan kini, pihak Qalbox turut hadir dengan promosi baharu – iaitu potongan diskaun 75% untuk pelan tahunan.
Ini sekaligus menjadikan pelan tahunan Qalbox berharga RM39.90 setahun, menjadikan anda membayar sekitar RM3.32 sebulan.

Promosi yang disediakan hanya untuk pelan langganan tahunan sahaja, sementara pelan bulanan masih kekal RM12.90 sebulan seperti sebelum ini.
Bagi anda yang mencari perkhidmatan penstriman memfokuskan kandungan muslim, boleh mendapatkan promosi Qalbox ini hari ini.