Apabila sesuatu laman web itu dibuka pada pelayar web peranti mudah alih tidak kira Android atau iOS kandungan yang terpapar sudah pun dioptimasikan mengikut kesesuaian skrin. Tetapi perkara ini akan menyebabkan beberapa ciri eksklusif versi desktop tidak dapat digunakan.
Oleh yang demikian pelayar web hadir dengan ciri mod desktop. Untuk tablet hanya Apple iPad sahaja menawarkan pengalaman penggunaan terbaik di mana mod desktop Safari adalah mirip penggunaan di desktop. Tetapi di Android perkara ini masih sukar digunakan dan kadangkala ada pelayar menyembunyikan mod ini.

Terkini pada Google Chrome, mod desktop telah semakin menarik untuk digunakan. Setiap kali mod desktop dihidupkan pada sesuatu laman web Chrome akan mengingatinya. Tidak kira anda matikan peranti atau tutu[ tab dan kembali pada hari esok laman web yang ada buka sebelum ini akan kekal dalam mod desktop.
Ciri ini sudah pun diedarkan oleh Google secara berperingkat. Ketika artikel ditulis ciri ini masih tidak kelihatan pada peranti Android saya. Adakah anda akan menggunakan ciri ini?