Cari @ Amanz

Pada 10 Mac lalu perkhidmatan penstriman Viu boleh diakses menerusi kotak TV Astro Ultra Box. Hari ini sokongan untuk Viu juga diberikan pada kotak Astro Ulti Box yang lebih mampu milik. Pengguna Ultra dan Ulti Box boleh menikmati Viu selama tiga bulan secara percuma sehingga 8 Jun 2023.

Sokongan untuk platform penstriman ZEE5 juga diberikan bermula hari ini pada Ultra dan Ulti Box. Sebagai platform kandungan Asias Selatan terbesar dunia, ZEE5 menawarkan kandungan dalam 18 bahasa seperti Hindi, Bengali, Tamil dan Punjabi. Antara yang boleh dinikmati ialah filem Bollywood dan siri TV popular dari saluran Zee Network.

Pelanggan Astro, ZEE5 boleh dilanggan pada harga eksklusif RM10.60 sebulan berbanding harga biasa RM14.90. Untuk menggunakan Viu dan ZEE5, pergi ke menu Ultra serta Ulti box dan pilih bahagian aplikasi. Muat turun aplikasi yang dikehendaki sebelum log masuk untuk menstrim.

Ultra serta Ulti Box kini turut menyokong aplikasi BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, Netflix, dan TVBAnywhere+.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd