Cari @ Amanz

Huawei P60 dan P60 Pro telah dilancarkan di China secara rasmi sebentar tadi. Peranti ini ialah peranti mercu daripada mereka yang memberikan tumpuan kepada kemampuan fotografi yang tinggi yang dipadankan dengan rekaan peranti yang sera baharu.

Huawei P60 Pro dilengkapi skrin 6.67″ OLED dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Skrin masih lagi melengkung pada bahagian sisi dengan sebuah lubang kamera pada bahagian tengah. Peranti dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 tetapi tanpa sokongan rangkaian 5G akibat sekatan teknologi Amerika Syarikat. Ini dipadankan dengan storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4815 mAh. Bateri boleh dicas semula secara berwayar dengan pengecas 88W dan nirwayar pula pada kuasa 50W.

Kamera utama sebesar 48MP f/1.4~f/4.0 dengan OIS, 48MP telefoto f/2.1 dengan OIS, dan 13MP ultra sudut lebar f/2.2. Pada bahagian hadapan pula kamera 13MP f/2.4 digunakan. Zum optikal hingga 5X disokong, zum digital 100X dan terdapat juga sistem kamera XMAGE yang menggantikan sistem Leica yang digunakan sebelum ini. Tubuh peranti melepasi piawaian IP68 maka pengguna tidak perlu risau kerosakan disebabkan oleh air.

Huawei P60 pula dilengkapi skrin 6.67″ OLED dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Skrin masih lagi melengkung pada bahagian sisi dengan sebuah lubang kamera pada bahagian tengah. Peranti dijana cip Snapdragon 8 Gen 1 juga tanpa sokongan rangkaian 5G akibat sekatan teknologi Amerika Syarikat. Ini dipadankan dengan storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4815 mAh. Bateri boleh dicas semula secara berwayar dengan pengecas 88W dan nirwayar pula pada kuasa 50W.

Kamera utama sebesar 48MP f/1.4~f/4.0 dengan OIS, 12MP telefoto f/3.4 dengan OIS, dan 13MP ultra sudut lebar f/2.2. Pada bahagian hadapan pula kamera 13MP f/2.4 digunakan. Zum optikal hingga 5X disokong, zum digital 50X dan terdapat juga sistem kamera XMAGE yang menggantikan sistem Leica yang digunakan sebelum ini.

Tubuh peranti melepasi piawaian IP68 maka pengguna tidak perlu risau kerosakan disebabkan oleh air. Dari segi rekaan perbezaan dapat dilihat pada bentuk lensa kamera P60 yang berbentuk kotak sementara pada P60 Pro pula ia berbentuk bulat.

Kedua-dua peranti ini sebenarnya amat mirip antara satu sama lain cuma perbezaan pada pemproses yang digunakan, sensor kamera telefoto dan kemampuan zum digital. Persamaan lain ialah ia menggunakan Harmony OS 3.1 baharu. Harga jualan untuk siri Huawei P60 adalah seperti di bawah.

Huawei P60

  • 128GB – RMB 4488 (~RM 2902)
  • 256GB – RMB 4988 (~RM 3226)
  • 512GB – RMB 5988 (~RM 3873)

Huawei P60 Pro

  • 256GB – RMB 6988 (~RM 4519)
  • 512GB – RMB 7988 (~RM 5166)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd