Cari @ Amanz

Toshiba, salah satu jenama peralatan elektronik terkemuka, kini dilaporkan akan menerima bidaan pengambil-alihan bernilai $15.3 bilion daripada sebuah kesatuan syarikat dari Jepun.

Pengambil-alihan ini dijangka melibatkan pelaburan daripada sekitar 20 firma Jepun, dan diterajui oleh JIP (Japan Industrial Partners).

Sebelum ini, sejak tahun 2015 yang lepas, Toshiba menghadapi masalah krisis kewangan disebabkan ketidakselarian pada perakaunan, disamping subsidiari di Amerika Syarikat yeng memfokuskan tenaga nuklear mengalami kerugian besar.

Sejak daripada itu, pelbagai perkara telah berlaku, termasuk pada tahun 2022 lepas, ia telah dirancang untuk dibahagikan syarikat kepada dua. Namun, perancangan berkenaan ditolak oleh pemegang saham.

Toshiba selepas itu telah memulakan proses penstrukturan semula, dan menerima bidaan pengambil-alihan oleh JIP pada November 2022 lepas. Kini, selepas menerima komitmen kewangan daripada pelabur dan institusi kewangan, JIP menyatakan tawaran pengambil-alihan pada Februari 2023 lepas.

Seterusnya, ia akan melalui beberapa fasa, termasuk dari segi perundangan dan sebagainya, sebelum pengambil-alihan selesai sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd