Carian
Saluran YouTube “Linus Tech Tips” Menjadi Mangsa Godaman Berkaitan Penipuan Kriptowang
March 23, 2023 Aman

Linus Tech Tips merupakan salah satu saluran berkaitan teknologi di YouTube yang sering dikunjungi ramai dalam mendapatkan pelbagai maklumat terkini – terutamanya berkaitan perkakasan komputer.

Apa pun, hari ini, saluran berkenaan dilihat menjadi sasaran pengodam, dimana ia diambil-alih aksesnya, dan seterusnya menyiarkan kandungan berkaitan penipuan kriptowang. Ini sekaligus membuatkan sistem Google melabelkan ia, dan menggantung saluran berkenaan secara automatik.

Selain saluran Linus Tech Tips, ia juga turut memberikan kesan kepada beberapa saluran dibawah kumpulan sama, termasuk Techquickie dan juga TechLinked.

Sebelum ini, sejumlah saluran turut telah menjadi sasaran untuk pengodam dan seterusnya mempromosikan penipuan kriptowang. Saluran Amanz sendiri pernah terjejas dengan perkara ini, dan kemudiannya dikembalikan semula dengan bantuan pihak YouTube semula dalam tempoh 24 jam selepas ia digantung. Mungkin kita melihat saluran Linus Tech Tips turut kembali dalam masa terdekat ini.

Komen