Carian
Pada 1 April Calit Biru Akan Dibuang Pada Akaun Yang Tidak Melanggan Twitter Blue
March 24, 2023 Effi Saharudin

Hari ini Twitter Blue dilancarkan ke peringkat global bersama dengan program pengesahan identiti akaun milik ketua negara serta kakitangan utama badan kerajaan. Turut diumumkan ialah calit biru yang diterima akaun menerusi program Twitter Verified akan dibuang bermula 1 April 2023.

Twitter Verfied Disahkan

Pada tarikh tersebut calitan pengesahan identiti pemegang akaun akan mula dibuang secara berperingkat. Kepada mereka ingin mengekalkan calitan biru pada akaun, Twitter menyarankan supaya mereka melanggan kepada Twitter Blue. Sebelum ini Elon Musk mengatakan calitan biru ini akan dibuang tetapi tidak memberikan sebarang tarikh bila ia akan dilakukan.

Tindakan Twitter ini menerima reaksi negatif pengguna kerana dilihat sebagai mendahulukan keuntungan kerana sesiapa sahaja yang mampu melanggan mendapat calit dan bukannya diberikan kepada mereka yang ahli sahaja dalam bidang masing-masing.

Komen