Carian
Apple Dilaporkan Akan Membelanjakan $1 Bilion Menghasilkan Filem Untuk Pawagam
March 24, 2023 Effi Saharudin

Apakah pelan masa depan Apple? iPhone lebih canggih, MacBook semakin berkuasa atau set kepala AR yang terbaik di pasaran? Jawapan masa pendek kepada soalan ini mungkin adalah menerbitkan filem-filem berkualiti yang kemudiannya ditayangkan di pawagam untuk tempoh lebih panjang.

Ini adalah menurut laporan daripada Bloomberg dimana Apple dikatakan akan membelanjakan sehingga $1 bilion tahun ini untuk menerbitkan filem blockbuster. Antara dalam perancangan ialah filem Killers of the Flower Moon oleh Martin Scorsese dengan Leonardo DiCaprio dan filem epik Napoleon arahan Ridley Scott.

Strategi Apple kali ini berbeza dengan filem akan ditayangkan di ribuan pawagam terlebih dahulu bagi mengaut keuntungan sebelum kemudiannya ditawarkan menerusi Apple TV+. Ini adalah pelan yang terbukti menguntungkan bagi Disney, Warner Brothers, Sony Pictures dan Paramount selama ini. Sebelum ini filem terbitan mereka ditayangkan di pawagam pada skala kecil dan pendek sekadar untuk melayakkan ia dicalonkan menerima anugerah seperti Oscar dan Golden Globes.

Komen