Carian
Spesifikasi Cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 Tertiris
March 24, 2023 β€’ Fahim Zahar

Cip Snapdragon 8 Gen 3 dijangka akan dilancarkan lebih awal berbanding sebelum ini. Ini menimbulkan persoalan jika 8 Gen 3 dilancarkan awal adakah Qualcomm masih akan meneruskan pengenalan cip 8+ Gen 2?

Sayang sekali tiada butiran mengenai perkara ini didedahkan. Tetapi baru-baru ini pembangun bebas Kuba Wojciechowski telah berkongsi di Twitter mengenai spesifikasi kepada cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 3.

Cip ini dikatakan akan menggunakan konfigurasi 2+3+2+1 berbeza dengan 8 Gen 2 yang menggunakan 1+4+3. Cip ini dikatakan menggunakan kelompok “titanium” yang terdiri daripada 2x teras A5xx, 3x teras A7xx, 2x teras A7xx dan satu teras “gold+”. Kuasa cip ini dikatakan adalah lebih tinggi berbanding sebelum.

Kuba turut menyatakan yang cip Arm ini adalah versi baharu yang tidak pernah digunakan pada mana-mana cip pemprosesan. Ia juga akan hanya menyokong 64bit dan terus menghentikan sokongan 32bit. Untuk GPU, 8 Gen 3 diktakan menggunakan Adreno 750 dan cip telah sedia untuk menjalankan Android 14.

Komen