Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A54 5G telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM1,899. Ia merupakan sebuah peranti kelas pertengahan 5G baharu dengan janaan cip Exynos 1380. Di samping, turut dimuatkan dengan rekaan serba baharu, pekakasan dalaman dinaiktaraf dan perisian terkini.

Antara topik yang hangat diperkatakan ketika ini adalah peranti Galaxy A54 5G mempunyai sokongan eSIM untuk pasaran terpilih. Jika sebelum ini ia hanya ditawarkan menerusi peranti kelas mercu, kini ditambah pula kepada peranti kelas pertengahan. Namun begitu wakil Samsung memaklumkan, peranti Galaxy A54 5G untuk pasaran Malaysia tidak mempunyai sokongan eSIM.

 Samsung Galaxy A54 5G dilengkapi skrin sebesar 6.4-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Exynos 1380, memori 8GB RAM dan storan 256GB terbina. Kamera utama terdiri dengan 50MP (lebar) + 12MP (ultra-lebar) + 5MP (makro), manakala kamera swafoto pula 32MP. Turut dimuatkan ialah bateri 5000mAh dengan pengecasan 25W, namun tiada bicu audio 3.5mm sama seperti generasi terdahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd