Cari @ Amanz

WhatsApp pada hari ini sedia membolehkan anda menghantar mesej dalam bentuk teks, gambar, dan juga audio. Bergerak kehadapan, kini WhatsApp dilihat sedang membangunkan sebuah ciri baharu yang membolehkan pengguna menghantar mesej dalam bentuk video.

Dengan ciri ini, ia berfungsi seumpama penghantaran mesej audio, dimana pengguna akan merakamkan mesej dalam bentuk video dan seterusnya menghantar ia kepada penerima.

Menurut WABetaInfo, ciri ini turut hadir dengan sokongan penyulitan menyeluruh, membuatkan mesej video tersebut tidak akan dapat dilihat sesiapa, termasuk pihak Meta atau WhatsApp sendiri. Malah, mesej video yang dihantar juga dikatakan tidak boleh dimajukan kepada penerima lain disebabkan oleh privasi.

WhatsApp dijangka akan mengehadkan perkongsian mesej video ini kepada 60 saat pada peringkat pengenalan awal kelak.

Buat masa ini, tidak diketahui lagi bilakah WhatsApp akan memperkenalkan ciri ini secara rasminya kepada semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd