Cari @ Amanz

CIMB kini memaklumkan kepada para pengguna mereka, terutamanya pemegang-pemegang kad debit CIMB MasterCard.

Menurut CIMB, mereka akan melakukan penyelenggaraan berjadual untuk sistem MyDebit, sekaligus membuatkan sistem MyDebit tergendala buat sementara waktu sepanjang tempoh tersebut.

CIMB menjadualkan penyelenggaraan berkenaan antara 12 tengah malam 26 Mac 2023 ini, sehingga 6 pagi, iaitu sekitar 6 jam tempohnya.

Bagi anda yang ingin melakukan urusan ketika itu, mungkin boleh melihat kepada beberapa alternatif dalam memastikan kelangsungan transaksi sepanjang tempoh penyelenggaraan berkenaan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd