Samsung pada hari ini sedia menerajui arena pasaran peranti dengan skrin boleh-lipat, melalui dua penawaran mereka – iaitu Galaxy Fold dan juga Galaxy Flip.
Terbaru, hadir desas-desus baharu mengatakan Samsung turut mengorak langkah dalam memperkenalkan sebuah telefon pintar dengan rekaan lipat-tiga pada tahun 2023 ini.
Untuk makluman, pengeluar Korea Selatan berkenaan sedia memperlihatkan rekaan prototaip peranti dengan rekaan lipat-tiga ini sebelum ini, termasuk pada acara CES 2023 awal tahun ini.
Ia akan hadir dengan penggunaan dwi-engsel, dan peranti dilipat-tiga yang membolehkan pengguna membukanya mengikut keselesaan dan kesesuaian.
Desas-desus ini masih pada peringkat awal, dan terdapat juga kemungkinan yang Samsung tidak mengkomersilkannya lagi memandangkan ia masih terlalu awal buat masa ini untuk memperkenalkan telefon dengan rekaan lipat-tiga.