OpenSignal kini telah pun menerbitkan data terbaru mereka, membandingkan kelajuan muat-turun ketika waktu sahur, iaitu antara 3 pagi ke 6 pagi.
Melalui data yang dikongsikan, sejumlah negara dengan angka penduduk Muslim yang tinggi dibandingkan, termasuk Mesir, Indonesia, Malaysia, Pakistan dan juga Arab Saudi.
Melalui data yang dibandingkan, Malaysia memperlihatkan purata kelajuan yang sekata sepanjang waktu tanpa perubahan drastik. Menariknya juga, data yang dihimpunkan pada 2022 berkenaan memperlihatkan kelajuan muat-turun mencapai 18.4Mbps antara 3 pagi ke 6 pagi, dan diikuti kelajuan purata 4G tertinggi dicatatkan 18.8Mbps antara 6 pagi ke 9 pagi.
Ini berbeza dengan sejumlah negara lain yang mencatatkan penurunan kelajuan muat-turun kerana kesesakkan dan peningkatan mendadak penggunaan ketika sahur.
Di Malaysia sendiri, sejumlah syarikat telekomunikasi seperti Digi dan Celcom turut menyediakan pelan dan pakej khusus bersempena dengan sahur, mengalakkan lebih ramai menggunakan internet ketika waktu sahur.
Bagi anda sendiri, bagaimanakah penggunaan internet anda ketika waktu sahur?