Cari @ Amanz

Honor Magic5 Pro dan Magic Vs 5G telah dilancarkan secara global di pentas Mobile World Congress 2023 tempoh hari. Kedua-duanya menarik dengan tumpuan serta target pengguna yang tersendiri. Misalnya seperti Magic5 Pro yang menggabungkan rekaan, perkakasan dalaman, sistem kamera dan perisian terkini yang saling melengkapi. Sementara itu Magic Vs pula terampil serba baharu dengan tubuh yang ringan serta nipis bersama sistem kamera lebih mantap.

Honor juga mengesahkan kedua-dua peranti bakal dibawa ke Malaysia pada bulan April dan kini tarikh pelancaran rasmi telah mula diperlihatkan di laman web rasmi. Ia dijadualkan berlangsung pada 6 April 2023 yang turut boleh distrim secara dalam talian menerusi media sosial rasmi Honor Malaysia bermula jam 2.30petang.

Laman web rasmi turut menyenaraikan spesifikasi penuh peranti dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 digunakan pada Magic5 Pro. Ini dipadankan pula dengan skrin 6.81-inci LTPO OLED QWHD+ 120Hz, tri-sensor utama 50MP, kamerw swafoto 16MP + 3D ToF, bateri 5100 dengan pengecasan berwayar 66W dan nirwayar 50W.

Sementara itu Magic Vs pula sebuah peranti skrin boleh lipat dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Ia digabung pula dengan skrin utama 7.9″ beresolusi 2272 X 1984 piksel. Sementara itu, skrin sekunder pula 6.45″ dengan resolusi 2560 X 1080 piksel. Kedua-duanya menggunakan panel sejenis OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Kamera utama pula 54MP + 50MP + 8MP dan kamera swafoto 16MP. Tidak ketinggalan bateri 5000mAh juga digunakan yang menyokong sistem pengecasan pantas 66W.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd