AirPods Dengan USB-C Akan Akhirnya Tiba Tahun Ini
Effi Saharudin
Apple sangat berdegil menggunakan kepala pengecas Lighthing pada iPhone dan AirPods walaupun ia telah digunakan tanpa isu pada iPad dan MacBook untuk sekian lama. Era Lighthing akan berakhir tahun ini dengan lukisan CAD iPhone 15 mengesahkan USB-C akhirnya akan digunakan bagi mematuhi arahan EU dan India yang mewajibkan penggunaannya.

Era Lightning juga akan berakhir pada AirPods tahun ini menurut ramalan Ming-Chi Kuo. Menurut penganalisa terkemuka ini, AirPods Pro baharu akan dilancarkan menjelang penghujung tahun ini dengan USB-C. Perubahan hanya akan muncul pada versi Pro sahaja dengan AirPods biasa akan kekal dengan Lighining dengan ramalan versi USB-C akan ditawarkan hanya pada tahun 2024.
Penyeragaman kepala pengecas akan memudahkan pengguna kerana satu kabel boleh digunakan untuk semua peranti. Secara peribadi kami sudah inginkan penyeragaman ini sejak empat tahun yang lalu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.