Menjadi pencipta kandungan (content creator) merupakan satu norma bagi anak-anak muda hari ini. Sama ada dijadikan sebagai hobi, ataupun jadikannya sebagai pekerjaan untuk menjana pendapatan. Jika kita lihat dahulu, untuk menghasilkan kandungan yang berkualiti, kita memerlukan perkakasan yang mencukupi seperti kamera, tripod, lampu studio dan macam macam lagi. Keperluan ini juga memerlukan kos yang tinggi. Bagi memberi peluang kepada anak muda hari ini untuk menghasilkan kualiti kandungan yang baik, vivo kini hadir dengan telefon pintar terbaharu vivo V27. Melalui penawaran ini, ia dilihat mampu memberikan anda kualiti gambar dan rakaman yang baik pada harga yang agak mampu milik, sesuai dengan spesifikasi yang ditawarkan.

Aura Light Jadikan Gambar Lebih Jelas, Terang dan Menonjol
Menurut vivo, V27 merupakan peranti kelas pertengahan dalam siri V yang cukup baik dalam memberikan pengalaman fotografi yang memuaskan. Ini kerana, model V27 ini dilengkapi dengan ciri Aura Light, yang berfungsi untuk mengesan pencahayaan dan seterusnya melaraskannya mengikut kesesuaian pencahayaan persekitaran.

Aura Light merupakan ciri fizikal yang ditawarkan oleh vivo, bagi menaik taraf fungsi Aura Screen Light yang sebelum ini terbina didalam skrin untuk kegunaan swafoto sahaja. Berbentuk bulat dan diletakkan pada bahagian kamera belakang peranti, Aura Light ini berfungsi seakan akan ring light yang memberikan pencahayaan tambahan apabila kita memerlukannya. Pencahayaan dari Aura Light ini juga tidak terlalu terang sehingga terasa silau. Ini kerana fungsi ini akan melaraskan pencahayaan mengikut kesesuaian persekitaran, menjadikannya tidak terlalu gelap, tidak terlalu terang, dan warnanya juga masih lagi menonjol walaupun pada waktu malam.


Fungsi Aura Light boleh dipadankan bersama Portrait Mode, dimana gabungan ini bakal memberikan gambar anda lebih aura dan pencahayaan yang kelihatan professional. Mod bergambar dan video lain juga turut tersedia di dalam peranti ini, seperti Super Night Mode, Super Night Video dan Vlog Movie. Anda juga boleh menambah kesan sinematik kepada rakaman anda, menerusi Film Luts.







Bukan itu sahaja, vivo V27 yang dilengkapi dengan kamera 50MP + 8MP + 2MP ini turut didatangkan dengan sensor Sony IMX766V untuk kamera utamanya. Sensor IMX766V ini terkenal dalam memberikan hasil gambar dan rakaman yang lebih terang dan jelas, setaraf dengan apa yang ditawarkan oleh kamera professional.
Dalam bahasa mudahnya, anda tidak lagi perlu berbelanja lebih bagi mendapatkan pengalaman fotografi yang berkualiti, kerana semuanya ada di dalam vivo V27 ini. Turut melengkapkan fungsi kamera adalah kewujudan OIS Stabilizers, yang akan menghasilkan rakaman yang lebih stabil walaupun dirakam dalam keadaan sedang bergerak. Dengan kata lainnya, merakam video menjadi lebih mudah tanpa memerlukan bantuan tripod atau aksesori penstabilan tambahan.
Rekaan Dan Warna Yang Elegan
Seperti kebiasaan, vivo sentiasa hadir dengan rekaan dan warna peranti yang kelihatan estetik. Begitu juga dengan model vivo V27, yang didatangkan dalam tiga pilihan warna yang elegan : Noble Black, Emerald Green dan Flowing Gold.

Ketika kami menerima peranti ini dalam warna Emerald Green, apa yang boleh dikatakan adalah peranti kelihatan cukup elegan dan sedap mata memandang. Ini kerana warnanya kelihatan seakan akan warna hijau jed, berbeza dengan warna hijau biasa. Lebih menarik lagi, panel peranti ini turut boleh berubah warna kepada hijau yang lebih gelap, saat terdedah kepada cahaya UV.
Oleh itu, kebolehan panel boleh berubah warna, dipadankan pula dengan warna hijau jed, menjadikan peranti ini kelihatan lebih segar dan unik. Namun begitu, penawaran panel boleh berubah warna ini hanya eksklusif bagi pilihan warna Emerald Green sahaja. Jika tema baju raya anda tahun ini ala-ala warna hijau jed ni, memang sesuailah digayakan bersama. Nampak sedondon baju raya dan telefon pintar baru anda ini.

Skrin peranti pula menggunakan skrin melengkung 3D senipis 6.78 inci, yang merupakan skrin paling nipis pernah digunakan oleh vivo. Berkadar segar semula 120Hz, ini memberikan pengguna pengalaman tontonan yang lebih jelas, tajam dan tatalannya juga menjadi lebih lancar. Skrin peranti ini turut disokong dengan Eye Care Display, yang memberi keselesaan kepada mata dan dikatakan dapat mengelakkan mata terasa letih jika anda menggunakan peranti dalam tempoh masa yang panjang.
Peranti Kelas Pertengahan Yang Menggunakan Mediatek Dimensity 7200
Menyentuh ciri spesifikasi peranti pula, vivo V27 ini menggunakan cip pemprosesan jenis Mediatek Dimensity 7200, yang sebelum ini kebanyakannya digunakan pada peranti kelas mercu. Melalui cip ini, prestasi peranti bakal menjadi lebih efisien dan lancar, walaupun digunakan buat bermain permua, menonton video mahupun membuka pelbagai aplikasi secara serentak. vivo V27 ini turut ditambah penawaran storan 12GB dan 256GB, yang cukup besar bagi membolehkan anda menyimpan pelbagai rakaman gambar dan video untuk satu tempoh masa yang lama.
Tidak dilupakan, vivo V27 ini juga memuatkan bateri sebesar 4600mAH, dan menyokong pengecasan pantas 66W FlashCharge. Menurut vivo, tempoh waktu pengecasan dari 0% sehingga 50% hanya mengambil masa dalam 19 minit sahaja. Anda juga tidak perlu risau dengan ketahanan komponen pengecasan vivo V27, memandangkan peranti ini turut dilengkapi dengan 24-Dimension Security Protection, yang menjaga setiap komponen melalui empat aspek utama iaitu arus elektrik, voltan, suhu dan perlindungan tambahan.
Kesimpulan

Secara kesimpulan, apa yang membezakan vivo V27 dengan V27e yang baru-baru ini dilancarkan adalah dari segi keupayaan kamera, cip pemprosesan, saiz storan dan rekaannya. Oleh itu, sekiranya anda mencari peranti kelas pertengahan yang mampu memberikan anda pengalaman fotografi berkualiti, vivo V27 mungkin adalah antara telefon pintar yang anda boleh pertimbangkan.

Bagi model ini, terdapat 3 pilihan warna yang anda boleh pilih, tetapi buat masa ini harga jualannya masih lagi belum diumumkan. Namun, anda boleh membuat pra-tempahan dahulu bermula 16 hingga 31 Mac 2023 melalui kedai rasmi vivo. Bagi pra-tempahan untuk variasi 12+256GB, anda berpeluang mendapatkan hadiah menarik bernilai sehingga RM1,097 secara percuma sementara stok masih ada. Jadi, bolehlah jadikan telefon pintar ini sebagai telefon raya. Mana tahu, mungkin vivo V27 inilah telefon pintar yang anda cari selama ini.
- Info
- Layari : Laman Rasmi vivo Malaysia Untuk Maklumat Lanjut
Penafian : Advertorial daripada vivo Malaysia