Pada 2019, Intel telah menjual perniagaan modem 4G dan 5G untuk peranti pintar mereka kepada Apple kerana penstrukturan semula yang mementingkan bisnes utama mereka. Walaupun begitu mereka nampaknya mempunyai pegangan keatas satu lagi perniagaan modem, iaitu modem 4G dan 5G untuk komputer riba.
Komputer riba dengan kemampuan selular bukanlah sesuatu yang baru, tetapi Intel sehingga kini telah membangunkan komponen modem untuk komputer riba sehingga kini, dan telah baru-baru ini menjual pegangan perniagaan tersebut kepada MediaTek.
Untuk memastikan proses pemindahan pemilikan ini berlaku secara teratur, Intel akan menghantar beberapa jurutera kepada MediaTek sehingga bulan Mei ini, dan Intel dijangka akan menamatkan penglibatan mereka dalam industri 4G dan 5G menjelang bulan Julai kelak.
Para pelanggan Intel yang sebelum ini masih lagi menggunakan teknologi WWAN (Wireless Wide Area Network) akan berpindah kepada MediaTek selepas ini, walaupun Intel dijangka akan mengekalkan hak keatas paten-paten tertentu.