Kerentanan Sekuriti Cip Exynos Akan Ditampal Samsung Pada April Ini
Effi Saharudin
Kerentanan sekuriti ditemukan pada cip dan modem Exynos keluaran Samsung oleh Google Project Zero. Sebanyak 18 kerentanan sekuriti hari-sifar dikesan dengan empat daripadanya dikategorikan sebagai serius dengan peranti boleh diambil alih tanpa sebarang aksi dilakukan oleh pemilik. Samsung kini mengesahkan semua kerentanan ini akan ditampal sepenuhnya pada bulan April ini.

Kerentanan paling serius sudah mula ditampal pada bulan ini menerusi kemas kini sekuriti yang diberikan pada peranti. Peranti-peranti yang terjejas adalah seperti di bawah. Sekiranya peranti belum ditampal, untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pengguna digalakkan supaya mematikan sementara ciri VoWiFI dan VoLTE pada peranti mereka.
- Samsung- siri S22, M33, M13, M12, A71, A53, A33, A21, A13, A12 dan siri A04.
- Vivo- siri S16, S15, S6, X70, X60, X30.
- Google Pixel 6, Pixel 7.
- Peranti boleh-pakai dengan cip Exynos W920.
- Peranti dengan cip Exynos Auto T5123.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.