Carian
Kerajaan Perancis Juga Mengharamkan TikTok Dari Peranti Penjawat Awam
March 27, 2023 Nazrin

ByteDance, ibu syarikat TikTok sedang melalui pelbagai kemelut dalam kewujudan syarikat tersebut, disamping CEOnya, Shou Zi Chew perlu menghadap pertanyaan daripada Senat Amerika Syarikat, dan keputusan yang dibuat beberapa kerajaan yang mengharamkan pemasangan TikTok di peranti-peranti penjawat awam.

Selepas Amerika Syarikat, UK, India dan New Zealand, tiba giliran kerajaan Perancis juga untuk mengharamkan aplikasi tersebut daripada peranti-peranti tersebut. Cuma kali ini, kerajaan Perancis turut mengeluarkan sebuah senarai aplikasi-aplikasi lain yang diharamkan juga, termasuklah Candy Crush, Netflix dan Twitter dari peranti-peranti penjawat awam ini.

Sebab yang diberi ialah kerana kerisauan kerajaan tersebut bahawa aplikasi-aplikasi ini boleh menyebabkan ketirisan data pihak penjawat dan juga kerajaan. Halangan menggunakan aplikasi-aplikasi ini juga tidak tertakluk kepada peranti persendirian.

Dalam pada itu, peraturan ini dimulakan secara serta-merta, dan hukuman melanggar peraturan baru ini adalah tertakluk kepada kementerian masing-masing.

Komen